Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

37 warga MoD akan ke Tanah Suci

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_37 warga MoD akan ke Tanah Suci.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat majlis.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Mei. – Seramai 37 orang warga Kementerian Pembangunan akan menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci pada musim haji tahun ini.

Sehubungan itu, petang tadi diadakan Majlis Doa Selamat Bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya Yang Akan Menunaikan Fardhu Haji Bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi. Majlis diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

3_37 warga MoD akan ke Tanah Suci.JPG 4_37 warga MoD akan ke Tanah Suci.JPG

ANTARA bakal jemaah haji yang diraikan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis diisikan dengan ceramah khas bertajuk “Meraih Haji Yang Mabrur" yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Nasyith bin Superi.

5_37 warga MoD akan ke Tanah Suci.JPG

CERAMAH khas disampaikan oleh Awang Muhammad Nasyith bin Superi.

Sejurus itu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyempurnakan penyampaian sumbangan derma daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya kepada bakal jemaah haji.

6_37 warga MoD akan ke Tanah Suci.JPG 7_37 warga MoD akan ke Tanah Suci.JPG

YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan menyampaikan sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat untuk memohon keberkatan Allah Subhanahu wa Ta'ala agar semua bakal jemaah haji mendapat rahmat, perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan semasa berada di Tanah Suci dan memperoleh haji yang mabrur.

Majlis kelolaan Jabatan Tanah ini merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan bagi meraikan para pegawai dan kakitangan yang akan mengerjakan ibadah haji.

1_37 warga MoD akan ke Tanah Suci.JPG

YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan bersama bakal jemaah haji Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Ketua-Ketua Jabatan, Divisyen dan Unit; serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Attachments